Monday, 18 March 2013

siapa dibelakang Kiram



SEPERTI yang saya katakan diawal pencerobohan Kiram di Lahad Datu ada yang di belakang Kiram dan itu tidak mungkin kiram ada keberanian kalau sendirian tanpa bantuan organisasi yang lebih besar dan melibatkan orang lokal itu mustahil sekali.

Tuntutan Sabah bukan baru dan bila ada yang di belakang kiram, maka keinginan kiram untuk jadi Raja di Sabah membuak sehingga dia lupa yang diperangi itu sendiri sebenarnya orang islam/sama agama/nabi sama dan Allah sama atas nama kalimah Allah.


Siapa di belakangnya itu?


Pada mulanya kerajaan Filifina kata tidak mahu campur dan siap menghantar pengangkutan untuk ambil orang-orang Kiram yang menceroboh dan ini saya katakan permainan yang jelas.


Media Manila kata pencerobohan melibatkan parti pembangkang dan kesan berita itu media Malaysiapun menuduh Anwar Dalangnya sehingga anwar saman media Utusan dan itu kita lihat kemudian tetapi anwar selalu saja menang di mahkamah kesan memfitnah.


Sesudah itu media Manila kata berita yang disiar dulunya dikatakan bukan pembangkang di Malaysia tetapi pembangkang di Filifina sendiri dan kemudian Utusan membuat kenyataan seperti dikatakan dan saman Anwar ke Utusan tetap diteruskan meski sudah ada penafian.


Siapa di sebalik belakang Kiram?


Sultan Kiram sebenar memang tidak suka berpergang dan dia sendiri akui rela Sabah di bawah Malaysia kerana atas dasar Islam itu sendiri dan ini kenyataan bijak setelah tahu perundangan antarabangsa, tetapi Kiram III yang memang tidak direstui sejak awal sejak US perintah Filiffina dulu berusaha sedaya upaya dengan cara apapun termasuk menceroboh dan membunuh.


Memang kita akui ada pertemuan antara pemimpin di Malaysia dengan Kiram, misalnya di perhimpunan UMNO Kiram III datang dan pertemuan2 itu adalah perkara biasa antara pemimpin di dunia dan itu tidak boleh kita jadikan alasan untuk menceroboh.


Setiap pemimpin yang mahu menangi election tentu saja ada strategi untuk memenangi election selanjutnya buat kekalkan kuasa dan kalau ada pertemuan kalangan pemimpin Malaysia dan Manila termasuk pemimpin pembangkang tentu saja tujuannya mahu menang dan meraih undi dan kebetulan orang-orang Kiram memang ada di mana-mana di Sabah dan sesungguhnya inilah strategi politik dan kalau pakat nak menceroboh itu tidak mungkin, baik pemerintah atau pembangkang sendiri. Itu saya tolak.


Sejarah awalnya?


Kita tahu kemunculan negara China soal perdagangan begitu menonjol dan hebat dan ini menjadi saingan buat Amerika dan Amerika memang gusar keadaan ini dan kerana itu amerika berusaha menempatkan tenteranya di asean dan singapura menjadi pilihan. Keadaan ini ditentang oleh Asean dan asean tidak bersetuju.


Lalu bagaimana?


Keadaan ini menjadikan Amerika gagal melaksanakan visinya dan saya kira apco memainkan peranan di sini dan boleh saja untuk mudah merangkap asean, maka pertamanya Kiram orang pertama yang harus dijadikan bahan untuk memulakan acara dan kerana itu berlaku pencerobohan dan sesudah kematian berlaku, maka PBB akan melihat dari jauh dan siap bertindak sebab pbb sendiri tunjangnya Yahudi.


Dan sekarang kerajaan Manila pula sudah mengumumkan akan menuntut Sabah dan bukankah jelas seperti yang saya katakan bahawa ada orang besar di belakang Kiram, kalau tidak ini tidak mungkin bakal terjadi kesan Kiram bukan seorang jutawan untuk mengurus pencerobohan dan barangkali ini bisa kita jadikan bahan untuk kita memikir lebih jauh keadaan ini.


Salam pagi penuh kasih sayang kekal abadi


ISMAILY BUNGSU

18 mac, 2013
12:37pm

No comments:

Post a Comment