As-syahid Ahmad Yaasin tidak bolih bergerak dari kerusi rodanya tetapi dia telah menggerakkan ummah ini. Beliau telah berseru kepada umat ini. "Wahai para pemuda - jihad adalah kewajipan kalian - untuk menegakkan syariat Allah di muka bumi dan untuk membebaskan negara kalian dan diri kalian dari penguasaan Amerika dan sekutu-sekutu Zionisnya. Ia adalah pejuangan kalian, - semuga menang atau syahid"
Beliaulah yang sepatutnya dijadikan idola bagi umat ini, disamping ribuan para pejuang ulama mujahid yang telah pergi menemui Tuhan dan masih setia menunggu giliran mereka.
Mereka mengharapkan mati syahid dan sentiasa mendambakannya. Sebagaimana yang diulang-ulang oleh Dr Abdul Aziz Rantisi, yang menyusul as syahid Syeikh Ahmad Yaasin selepas hanya menggantikan Syeikh Ahmad Yasin sebagai pimpinan HAMAS selama sekitar 40 hari. "Setiap orang akan mati, samada mati akibat serangan jantung atau mati ditembak apachee. Adapun aku memilih Apachee"
Harapan dan doa ikhlas beliau benar-benar dimakbulkan oleh Allah. Helikopter Apachee telah melepaskan tembakan peluru berpandu kepada beliau sebaik sahaja melangkah keluar dari rumah dengan doa "Wahai Allah! Masukkan lah aku ke dalam syurgaMu". Beliau menyusul murabbi beliau, Syeikh Ahmad Yaasin dengan cara yang sama
Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor
Pengerusi Aqsa Syarif
No comments:
Post a Comment