SHAH
ALAM – Pas menyifatkan janji projek besar Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Razak yang bakal dilaksanakan bagi memajukan Kelantan tidak lama
lagi sebagai melengkapkan kempen Barisan Nasional (BN).
Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Mohd Ramli berkata, Najib tidak
perlu berjanji untuk memajukan Kelantan kerana kesemua janji tersebut
kerajaan negeri sudah terlaksanakan.
“Kenapa perlu berjanji
ketika menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13)? Sedangkan beliau
boleh membantu kerajaan negeri untuk memajukan Kelantan.
“Tidak
perlu menabur janji kepada rakyat Kelantan agar dapat mengambil alih
Kelantan kerana projek yang dijanjikan ini kerajaan negeri telah lakukan
dari dulu lagi,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau
berkata demikian ketika mengulas kenyataan Najib mengenai janji beliau
bagi memajukan Kelantan tidak lama lagi dan ia akan dimasukkan dalam
manifesto BN nanti.
Menurut Mohd Hatta, timbunan janji tersebut
dikatakan cubaan membeli jiwa rakyat Kelantan supaya BN dapat menguasai
negeri itu pada PRU 13.
“Najib boleh buat (berjanji) kalau tidak berdendam dengan rakyat Kelantan.
“Saya pun tidak menghalang jika Najib benar-benar ikhlas,” katanya.
No comments:
Post a Comment