BUKAN HJ HADI TARIK BALIK AMANAT, TAPI RAIS TARIK BALIK FORUM KAT TV RTM - PENGECUT SUNGGUH
Sikap berdolak-dalih Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim terhadap isu penjelasan apa yang dipanggil Umno-BN sebagai "Amanat Haji Hadi" yang telah berlalu 31 tahun lalu disifatkan amat memalukan. "Saya tidak mahu biadap dengan (Dato' Seri) Rais Yatim tetapi tindakannya menarik semula cadangan mahu membuka ruang kepada Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang menjelaskan isu tersebut sebagai pengecut dan tidak bertanggungjawab serta mengkhianati prinsip demokrasi," tegas bekas Timbalan Menteri Penerangan, Dato' Fauzi Abdul Rahman.
Semasa Fauzi menjadi Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan sejak tahun 1990, Menteri ketika itu, Allahyarham Tan Sri Mohamed Rahmat memberikan ruang kepada pemimpin pembangkang pada masa itu mengeluarkan kenyataan melalui RTM semasa PRU-1995.
"Beliau pernah kata peluang untuk kedua-dua pihak (pemimpin kerajaan dan pembangkang) bercakap di RTM mesti sama rata.
"Kalau 5 minit pemimpin BN bercakap, 5 minit jugalah ruang pemimpin pembangkang bercakap," katanya yang juga Ketua KeADILan Pahang ketika dihubungi Harakah, Khamis lalu.
Utusan Malaysia 3 Januari 2013 melaporkan Rais Yatim menarik balik hasratnya mengadakan forum menerusi RTM yang kononnya di peringkat awal mahu menjernihkan kekeliruan masyarakat tentang "Amanat Haji Hadi" sebaliknya Rais mula berdolak-dalih kononnya penyiaran forum itu bercanggah dengan ketetapan Majlis Fatwa Kebangsaan pada 2002.

No comments:
Post a Comment