Najib perlu jelaskan RM196.8b aliran wang haram

“Jika beliau tidak dapat menjelaskan kedudukan isu dengan telus dan
jujur dan tidak mampu mengambil tindakan mengatasi jenayah ini maka
menteri tersebut wajar meletakkan jawatan,” kata Setiausaha Agungnya,
Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar).
Ini, ujarnya adalah suatu kepincangan yang sangat besar untuk
diketepikan tanpa pertanggungjawapan penuh daripada Menteri Kewangan.
Tambahnya, di peringkat antarabangsa aliran wang haram adalah suatu jenayah serius yang tidak boleh dipandang ringan.
Beliau menyatakan demikian dalam satu kenyataan ekoran laporan badan
pemantau - Global Financial Integrity (GFI) yang berpangkalan di
Washington - dalam laporan terbarunya yang menjejaki pengaliran modal,
berkata tahap pengaliran wang haram dari Malaysia itu pada tahun 2010
adalah yang tertinggi dalam tempoh 10 tahun.
Laporan terbaru mendapati lonjakan dramatik pengaliran modal di
Malaysia - dari AS$30.41 bilion (RM93 bilion) pada tahun 2009 kepada
AS$64.38 bilion (RM196.8 bilion) pada tahun 2010.
Pemantau kewangan global itu telah memberi amaran bahawa pengaliran
modal di Malaysia adalah "pada skala yang dilihat di beberapa negara
Asia".
Laporan GFI - 'Aliran Kewangan Haram Dari Negara Membangun:
2001-2010' - dihasilkan bersama oleh ahli ekonomi GFI, Sarah Freitas
dan Dev Kar, yang merupakan bekas ahli ekonomi kanan di Tabung Kewangan
Antarabangsa (IMF).
Menurut GFI, bagi aliran keluar wang haram terkumpul sepanjang lebih
10 tahun - dari 2001-2010 - Malaysia berada di kedudukan ke-3 di dunia,
selepas China dan Mexico.
Jumlah anggaran untuk tempoh 10 tahun bagi Malaysia ialah AS$285
bilion (RM871.4 bilion), manakala bagi China ialah AS$2,740 bilion dan
Mexico, AS$476 bilion.
No comments:
Post a Comment