Seorang lelaki bertanya:“ Wahai Rasulullah
sesungguhnya aku mempunyai beberapa orang kerabat, yang hubungan aku
erat dengan mereka tetapi mereka memutuskannya. Aku berbuat baik kepada
mereka tetapi mereka berperangai buruk kepadaku, aku bersabar
mengahadapi sikap mereka itu tetapi mereka menganggap sikapku itu adalah
bodoh.” Kemudian baginda menjawab,” Sekiranya benar sepertimana yang
engkau katakan itu maka seolah-olah
engkau menyuap mereka dengan abu yang panas, sedangkan engkau sentiasa
mendapat pertolongan daripada Allah Taala selama mana engkau berada di
dalam kebenaran atas perkara yang demikian itu”. Riwayat Muslim
Huraian
1.Islam mengajar umatnya supaya banyak bersabar di dalam semua keadaan sama ada ketika senang atau pun susah kerana ia merupakan pengukur darjat keimanan seseorang.
2.Islam mengajar umatnya supaya jangan membalas keburukan orang sebaliknya menambahkan lagi kebaikan terhadap mereka mudah-mudahan dengan itu hati mereka menjadi lembut dan baik.
3.Allah sentiasa memberi pertolongan kepada orang yang sentiasa sabar

No comments:
Post a Comment