Sunday, 30 December 2012

Sediakan Amalan Yang Baik Untuk Dirimu

 
Alhamdulillah kita dapat meniti kehidupan di dunia ini berbekalkan segala nikmat kurniaan Allah. Segala keindahan yang terbentang dan kemewahan yang melimpah menghiasi perjalanan hidup sebagai hamba Allah.

Dunia ini sememangnya indah dan menyeronokkan. Sedangkan insan yang gerunkan Allah hanya merasa dan menikmati dunia ini seadanya. Mereka yakin bahawa kebahagiaan yang abadi bukannya di dunia,namun di akhirat. Oleh sebab itu,insan beriman harus sentiasa dipandu hidupnya agar tidak melupakan nasib mereka diakhirat.


Allah terlalu sayangkan hambaNYA. Kitasentiasa diajar agar menjalani hidup yang sementara ini dalam keadaan untung dan menolak kerugiaan. Ini kerana,orang yang untuk bererti bahagia,sebaliknya mereka yang rugi mendapat derita.


Allah inginkan kita hidup sebagai hamba yang meraih keuntungan. Umpama seorang peniaga,mereka harus berusaha keras,menghadapi jatuh bangun dengan tabah,bangkit semula walau dihimpit ujian,seterusnya berdiri gagah setelah berlalunya episod kepayahan.


Begitulah kita terpaksa menghadapi kehidupan dengan matlamat keuntungan agar jiwa kita sentiasa kental walau apa jua halangan mendatang.Apakah keuntungan yang ingin kita raih agar nanti bergembira di akhirat? Amalan yang baik ialah keuntungan yang akan mengembirakan kita disana.


Namun ia bukan jalan yang mudah tanpa halangan dan ujian.Sebab itulan kita sentiasa diajak agar takutkan Allah dan meyakini bahawa akan ada pertemuan denganNYA pada hari kiamat.


Pertemuan yang entah bila kunjung tibanya menjadikan kita sentiasa berusaha mempersiapkan diri dan tidak sekali kali lalai.Masakan kita boleh lalai kerana masa yang berputar tidak dapat ditelah akan berhenti detiknya.Inilah hikmah kiamat menjadi rahsia Allah agar kita sentiasa waspada dan tidak berani untuk leka.


Allah,Allah,Allah,

Hela nafas ini masih terasa hangatnya,
Suatuhari ia pasti akan berhenti,
Tika saat diri dipanggil ke pangkuanMu,
Bertemu di alam akhirat,
Ya Allah,
Pertemukan diri inidenganMu,
Dengan selimut kebahagian.

No comments:

Post a Comment