Saturday, 20 February 2016

assalamualaikum,waalaikumsalam

Assalamu 'alaikum, Wa 'alaikum salam
Assalamu 'alaikum, Wa 'alaikum salam
Mari kita ucapkan setiap bertemu teman
Bukti muslim sejati yang beriman

Assalamu 'alaikum, Wa 'alaikum salam

Assalamu 'alaikum, Wa 'alaikum salam
Muslimin dan muslimah mari dibudayakan
Kita bersama-sama ucap salam
Assalamu alaikum, Wa alaikum salam

Mengucapkan salam bukti keteladanan
Tak akan berkurang kehormatan dan kewibawaan

Islam mengajarkan tentang kesopanan
Jadikan panduan kitab suci kita Alquran

Assalamu 'alaikum, Wa 'alaikum salam
Muslimin dan muslimah mari dibudayakan
Kita bersama-sama ucap salam
Assalamu alaikum, Wa alaikum salam

Assalamu 'alaikum, Wa alaikum salam
Assalamu 'alaikum, Wa alaikum salam

Mari kita ucapkan setiap bertemu teman
Bukti muslim sejati yang beriman
Muslimin dan muslimah mari dibudayakan
Kita bersama-sama ucap salam

Assalamu 'alaikum, Wa 'alaikum salam
Assalamu 'alaikum, 'Wa alaikum salam. 

tazkirah-muslimah solihah

TAZKIRAH:
~ Wanita Solehah tidak akan membiarkan dirinya menjadi panahan syaitan diperalatkan untuk mengumpan kaum adam. Memandangnya
menyejukkan mata. kiranya ia seorang isteri keperibadiannya akan
menghibur suami seperti yang diungkapka n oleh pujangga sufi:

Rumah tangga menjadi gelanggang dan kebanggaan,
Anak-anak menjadi muridnya,
Harta suami dijaga dengan sempurna,
Dilepaskan suami berjuang dengan rela dan bangga,
Di rumah dan di luar meruahnya sentiasa dijaga,

Sentiasa menguntum senyum dihadapan suami,
Sanggup hidup berdua,
Mati bersama,
Lantaran mengharap keredhaan Allah semata-mata,
Mamadai dengan apa yang ada,
Tidak pernah menuntut apa yang tiada,
Menjadi tulang belakang perjuangan suami,
Hingga suaminya terasa rumah itu syurga,
Menjadi sumber kekuatan jiwa dalam menegakkan jihadnya ..:)

Gambar: TAZKIRAH:

janji Allah kepada mereka yang ingin berkahwin

10 JANJI Allah SWT Kepada Mereka Yang Ingin Berkahwin

Apabila seorang muslim baik lelaki atau wanita akan berkahwin, biasanya akan timbul pelbagai perasaan akan timbul. Ada rasa gundah, resah, risau, bimbang, termasuk juga tidak sabar menunggu datangnya si pendamping. Bahkan ketika dalam proses taaruf sekalipun masih ada juga perasaan keraguan.

Inilah khabar gembira berupa janji Allah bagi orang yang akan berkahwin. Bergembiralah wahai saudaraku…

1. “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)

Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.

2. “Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)

Sebahagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang untuk berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan. Dan yang telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu nilai gajinya. Dalam fikiran mereka, “apakah gaji ini cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”.

Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang ragu untuk melangkah ke jinjang pernikahan kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi keperluan keluarga.

Allah akan menolong mereka yang menikah. Allah Maha Adil, apabila tanggungjawab para pemuda bertambah – dengan kewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya, maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih. Tidakkah kita lihat kenyataannya di masyarakat, banyak mereka yang semula miskin tidak mempunyai apa-apa ketika berkahwin, kemudian Allah memberinya rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya?

3. “Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)

Bagi siapa sahaja yang berkahwin dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah dalam hadits ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.

4. “Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. (Ar Ruum : 21)

5. “Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina’ “. (Al Mu’min : 60)

Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pendamping hidup yang agamanya baik, cantik, taat, dan sebagainya.

Dalam berdoa, perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, menghadap kiblat, mengangkat kedua tangan, dan lain – lain.

Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Diantaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana Allah ‘Azza wa Jalla turun ke langit dunia, dan pada waktu antara azan dan iqamah,

Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Diantaranya adalah makan dan minum dari sumber yang haram, dan berpakaian dari usaha yang haram serta melakukan apa yang diharamkan Allah,

Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini keberadaan Allah, mengakui bahawa Allah itu tempat meminta, mengakui bahawa Allah Maha Kaya, dan mengakui bahawa Allah Maha Mendengar.

Sebahagian orangapabila jodohnya tidak kunjung datang maka mereka pergi ke dukun-dukun berharap agar jodohnya lancar. Cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam. Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:

“Barang siapa yang mendatangi peramal / dukun, lalu dia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam”. (Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad).

Telah bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Maka janganlah kamu mendatangi dukun-dukun itu.” (Sahih riwayat Muslim juz 7 hal. 35).

Telah bersabda Nabi SAW, “Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan guna-guna itu adalah (hukumnya) syirik.” (Hadis sahih riwayat Abu Dawud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan Hakim).

6. “Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat“. (Al Baqarah : 153)

Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. Agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi dan terbebas dari bid’ah-bid’ah.

7. “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6)

Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung datang. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahawa sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surat Alam Nasyrah.

8. “Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad : 7)

Agar Allah menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian, dan sebagainya. Dengan itu semoga Allah menolong kita.

9. “Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40)

10. “Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”. (Al Baqarah : 214)

Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim.

Jadi, kenapa ragu – ragu dengan janji Allah?

Gambar: 10 JANJI Allah SWT Kepada Mereka Yang Ingin Berkahwin

kajian:wanita Malaysia ramai yang curang...

Wanita Malaysia Curang ?

Ramai wanita Malaysia mengaku telah berlaku

curang terhadap pasangan..

RAMAI terkejut dengan hasil kaji selidik ‘Durex Sexual Well-Being Global Survey 2011′ yang mengatakan bahawa lebih ramai wanita Malaysia men
gaku telah berlaku curang terhadap pasangan masing-masing berbanding lelaki (39 peratus berbanding 33 peratus).

Syarikat pengeluar kondom antarabangsa itu juga melaporkan bahawa tanpa mengira jantina, Malaysia berada di tangga ketiga selepas Thailand dan Korea daripada keseluruhan 36 negara yang mengambil bahagian.

Walaupun pengkritik berpendapat 506 orang responden tempatan yang menjawab soalan kaji selidik tersebut tidak layak untuk mewakili suara keseluruhan rakyat Malaysia, tetapi apa yang pasti isu ini telah membuka mata ramai orang.

Mesej yang cuba dibawa adalah isu kesihatan seksual.

Dari sudut perniagaan, Malaysia dilihat mempunyai potensi besar dalam bidang pemasaran kondom.

Begitu juga dengan potensi dan permintaan terhadap syarikat-syarikat penyiasatan persendirian yang menyediakan khidmat pengintipan terhadap pasangan yang disyaki curang.

Jenis-jenis curangPerlakuan curang terbahagi kepada dua iaitu emosi dan seksual.

Kecurangan seksual adalah perlakuan seksual yang berlaku di luar perkahwinan. Ia boleh berlaku tanpa melibatkan perasaan cinta.

Kecurangan emosi pula berlaku apabila seseorang bercinta dengan seseorang yang bukan pasangannya.

Ia biasanya bermula dengan perkongsian pendapat seperti bertukar-tukar fikiran atau chatting di Internet.

Kemudian mereka mula berkongsi perasaan dan berbicara tentang sesuatu yang lebih peribadi.

Lama-kelamaan perasaan tersebut menjadi semakin dalam dan akhirnya membawa kepada keintiman. Kes seperti ini lebih banyak berlaku dan lebih bahaya.

Tanda amaranPakar mengatakan bahawa curang merupakan petanda bagi sesebuah perkahwinan yang bergolak dan bukannya penyebab kepada pergolakan tersebut.

Ia adalah ‘wake-up call’ untuk pasangan menilai kembali perhubungan mereka.

Langkah pertama adalah mendedahkan kecurangan tersebut. Ingat! Tidak ramai pasangan yang sanggup mengaku dan menyerah diri begitu sahaja.

Perlakuan curang mencorak tingkah laku pasangan yang melakukannya.

Untuk itu, setiap orang perlulah benar-benar peka terhadap sebarang perubahan tingkah laku pasangan masing-masing.

Sekiranya ibu bapa boleh mengetahui yang anak gadis mereka sedang dilamun cinta, begitu juga suami isteri yang sudah berkahwin dan hidup bersama sejak sekian lama.

Bezanya adalah betapa sakitnya hati pasangan yang memandang.

Pengisian perkahwinanKesimpulannya, tidak ada sesiapa pun yang berkahwin mengharapkan pasangan mereka akan berlaku curang.

Sekiranya berlaku, kedua-dua pihak perlu melaluinya dengan tabah dan sedia berubah ke arah kebaikan.

Curang tidak bermakna berakhirnya sesebuah perkahwinan.

Perkahwinan memerlukan pengisian berkualiti dari sudut emosi, material dan kerohanian.

Jiwa yang sentiasa dipenuhi tidak akan terlintas untuk berlaku curang. Perbaiki komunikasi dan berusahalah untuk memberi lebih perhatian.

Jika anda jenis yang mudah jatuh cinta, sila hadkan hubungan sosial dengan rakan yang berlainan jantina.

Curang selalunya berpunca daripada masalah perhubungan yang tidak diberi perhatian di dalam sesebuah perkahwinan.

Ia tidak semestinya disebabkan oleh pasangan tersebut sudah tidak saling cinta mencintai lagi -Utusan

Ps : Nak kata tak percaya… tapi sebab kebelakangan ni memang banyak kes yang aku dengar..

Isteri ada kekasih, Isteri orang bercinta dengan lelaki bujang, dan dengan mat bangla pun ada…. apa pun sendiri mau ingat… Erkkkkk… kenapa dia curang..? tepuk dada tanya iman.

tanda pasangan anda curang

10 Tanda Pasangan Anda Mulai Curang

Apabila timbul masalah ini, pasangan agak sukar untuk berdamai atas fakta pasangan anda telah mengkhianati diri anda. Dengan demikian ramai yang tidak mengambil tahu mengenai tanda-tanda jelas apabila sa
lah seorang daripada pasangan cuba untuk curang atas alasan tidak mahu hubungan itu terputus .

Namun, anda dinasihatkan untuk mengetahui tanda-tanda kecurangan untuk mengelakkan anda ditinggalkan setelah beberapa tahun menjalinkan hubungan. Ini hanyalah panduan sahaja dan anda seharusnya lebih bijak untuk menentukan keputusan hidup anda

1.Kurang memberi perhatian terhadap diri anda

Pada permulaan kecurangan, anda dapat rasakan bahawa pasangan anda kurang memberi perhatian terhadap anda. Ini terjadi kerana mereka rasa bersalah terhadap diri anda. Kemudian mereka mula mencari kesalahan, menengking, berbual secara sinis dan mula menyalahkan anda untuk hal-hal kecil, hanya untuk mengatasi rasa bersalah.

2.Menghabiskan masa banyak ditempat kerja

Perubahan terhadap pasangan anda yang curang adalah secara tiba-tiba mereka banyak menghabiskan masa ditempat kerja. Tetapi panduan ini tidaklah setepat yang anda fikirkan. Berkemungkinan juga mereka benar-benar bekerja kuat untuk memberikan kesenangan kepada anda. Sebelum membuat apa-apa andaian, anda dinasihatkan untuk menyiasat dulu apa sebenarnya yang berlaku.

3.Tidak berminat dengan persekitaran dirumah

Bagi pasangan yang sudah berumahtangga, anda boleh mengesan sekiranya pasangan anda cuba untuk curang sekiranya mereka tidak berminat menghabiskan masa di rumah. Mereka lebih banyak menghabiskan masa di luar. Tetapi anda dinasihatkan untuk tidak mengongkong mereka. Setiap manusia perlukan kebebasan. Asalkan ia tidaklah melampaui batas dan ia mstilah seimbang terutamanya bagi orang yang sudah berumahtangga.

4.Bau

Setiap pasangan yang sudah berkahwin pasti akan mengenal bau pasangan mereka. Sekiranya terdapat perubahan terhadap bau pasangan, anda perlu lebih berhati-hati.

5.Perubahan gaya hidup secara mendadak

Sekiranya pasangan anda sebelum ini tidaklah terlalu bergaya didalam pemilihan pakaian dan secara tiba-tiba mereka cerewet dalam pemilihan pakaian, anda perlu memberi perhatian yang lebih. Pastikan anda tahu apakah punca utama mereka mengubah penampilan mereka. Sekiranya atas urusan kerja, anda perlu menyokong mereka tetapi sekiranya tujuan asal mereka masih samar-samar, anda perlu lebih berhati-hati.

6.Menjawab panggilan telefon secara sembunyi

Sekiranya tiada perkara yang salah dilakukan, rasanya tidak perlu untuk sesebuah pasangan menyembunyikan panggilan telefon mereka. Mereka harus berani untuk menjawab panggilan telefon dihadapan pasangan mereka. Ini adalah untuk mengelakkan rasa curiga. Keputusan untuk hidup berpasangan juga bermaksud bersedia untuk berkongsi segala masalah, rahsia dan sebagainya. Jadi tiada perkara yang perlu untuk dirahsiakan. Kejujuran adalah jalan terbaik untuk mengekalkan hubungan.

7.Melayari internet sehingga tengah malam

Pada zaman yang serba canggih ini, terdapat juga pelbagai cara untuk curang. Salah satunya adalah dengan menggunakan kemudahan internet. Sekiranya sebelum ini pasangan anda tidak menghabiskan masa berjam-jam di hadapan internet dan secara tiba-tiba mereka melayari internet sehingga tengah malam, anda perlu tahu apakah aktiviti yang mereka lakukan di dunia maya itu. Terdapat pelbagai cara untuk anda mengetahui segala aktiviti yang dilakukan oleh pasangan anda di dunia maya.

8.Perubahan terhadap hubungan intim

Bagi pasangan yang sudah berkahwin, hubungan intim merupakan satu anugerah yang tidak ternilai untuk mereka menyatukan dua hati. Hasil kajian yang dilakukan, perubahan terhadap pasangan dapat dikesan ketika melakukan hubungan ini. Ia tidak hanya melibatkan kecurangan, tetapi segala masalah yang dipendam oleh pasangan, perkara yang merungsingkan mereka, masalah yang mereka tidak sanggup berkongsi dengan anda dan sebagainya akan terbongkar ketika saat ini. Anda hanya perlu bijak untuk membongkarkannya.

9.Bil pembayaran yang luar biasa

Seorang yang cuba untuk curang pasti akan menghabiskan lebih banyak wang. Ini adalah kerana sebelum ini wang hanya diperuntukkan hanya untuk seorang, sudah pasti sekiranya ia diperuntukkan kepada 2 orang perbelanjaan akan semakin meningkat. Pada kebiasaannya, pasangan tidak akan mengurangkan perbelanjaan terhadap isteri pertama sebaliknya hanya mengekalkan perbelanjaan yang sedia ada, ini adalah untuk mengelakkan timbulnya perasaan curiga. Mereka akan cuba untuk membelanjakan wang lebih banyak daripada menyimpan bagi menampung segala aktiviti mereka lakukan.

10.Tidak memakai cincin yang diberikan

Cincin merupakan satu sentimental value untuk sesebuah pasangan. Boleh dikatakan kebanyakan lelaki akan cuba melihat cincin di jari wanita terlebih dahulu sebelum memulakan agenda mereka. Kerana cincin melambangkan status empunya diri. Sekiranya pasangan anda sudah tidak memakai cincin yang anda berikan dan memberikan alasan yang samar-samar atau tidak kukuh mengapa mereka tidak memakainya, anda perlu mengesyaki sesuatu.

Perhatian, artikel ini hanyalah untuk panduan terhadap anda sahaja. Penilaian yang terbaik adalah daripada gerakhati anda sendiri. Setiap kecurangan pasti akan dapat dikesan dan ia akan terbongkar secara semulajadi.

6 golongan wanita yang kurang layak dijadikan isteri

6 GOLONGAN WANITA YANG KURANG LAYAK DIJADIKAN ISTERI :

1). Al-Anaanah
Banyak keluh kesah. Yang selalu merasa tak cukup, apa yg diberi semua tak cukup. Diberi rumah tak cukup, diberi motor tak cukup, diberi kereta tak cukup, dlln. Selalu ingin memenuhi kehendak nafsu sendiri, tanpa memikirkan perasaan suami, tak hormat kepada suami apalagi berterima kasih pada suami. Apa yg suami beri pun tak pernah puas. Ada saja yang tak cukup.

2). Al-Manaanah
Suka mengungkit. Kalau suami melakukan hal yg dia tak berkenan maka diungkitlah segala hal tentang suaminya itu. Sangat senang mengatakan suami: tak ingat budi, tak bertanggung jawab, tak sayang, dlln. Padahal suami sudah memberi perlindungan dan macam-macam padanya.

3). Al-Hunaana
Inginkan suami yg lain atau berkenan kepada lelaki yg lain. Sangat suka membanding-bandingkan suaminya dengan suami/lelaki lain. Tak redha dengan suami yang ada. (Naudzubillah)

4). Al-Hudaaqah
Suka memaksa. Bila ingin sesuatu maka dipaksa suaminya melakukan. Pagi, petang, malam asyik menekan dan memaksa suami. Adakalanya dengan berbagai ancaman: ingin lari, ingin bunuh diri, ingin membuat malu suami, dlln. Suami dibuat seperti budaknya, bukan sebagai pemimpinnya. Yang dipentingkan adalah kehendak dan kepentingan dia saja.

5). Al-Hulaaqa
Sibuk bersolek atau tidur atau santai-santai dlln hingga lalai dengan ibadah-ibadah asas, seperti solat, wirid zikir, mengurus rumah-tangga, berkasih sayang dengan anak-anak, dlln.

6). As-Salaaqah
Banyak berbicara, menggosip/mengumpat. Siang, malam, pagi petang asik menggosip terus. Apa saja yg suami lakukan selalu tidak benar dimatanya. (Zaman sekarang bergosip bukan saja berbicara di depan suami, tapi dengan telefon, SMS, internet (facebook), BBM dan macam-macam cara yang lain)

Semoga kita sebagai istri,bunda,ummi terhindar dari golongan tersebut aminn..:)

menjadi tunangan orang tanpa sedar

TAZKIRAH:
MENJADI TUNANGAN ORANG TANPA SEDAR..
Jika seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki? Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, "Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku." "Kahwin la dengan kita bila-bila," jawab perempuan tersebut. Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon. Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram. Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang untuk lelaki meminang perempuan? ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam. Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting? tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri. Bagaimana Jika Perempuan Itu Ketiadaan Ibu Dan Ayah? Mengikut hukum syarak, jika perempuan itu persetujuannya sudah diizinkan oleh syarak seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh dan sebagainya, ia sudah dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan pelawaan lelaki yang menyatakan hasrat mengahwininya. Apabila perempuan itu persetujuannya tidak menepati hukum syarak seperti belum baligh, gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk menjawab 'pinangan' tersebut. Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana kita boleh menjadi tunang orang tanpa kita sedar. Pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan hakikat ini.