Firman Allah : al-Imran 101, 110
Dan bagai mana kamu sanggup menjadi kafir , sedangkan kamu dibaca
ayat-ayat Allah kepada kamu dan Rasul-Nya berada di tengah-tengah kamu ?
Siapa yang berpegang teguh kepada Allah maka bererti dia telah diberi
hidayat kepada jalan yang lurus .
Kamu adalah sebaik-baik umat yang
dilahirkan untuk memimpin manusia. Kamu menyeru kepada kebaikan dan
mencegah daripada kemungkaranr serta kamu beriman kepada Allah.
Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
Umat Muslimin telah diwujudkan untuk memimpin umat manusia. Oleh itu
bagai mana mereka mungkin bertemu dengan Jahiliyah, sedangkan tujuan
kedatangan mereka ialah untuk mengubahkan Jahiliyah dan menghubungkan
umat manusia dengan Allah? Apabila umat Muslimin meninggalkan tugas
kepimpinan ini, maka apakah erti kewujudan mereka? Bukankah dalam
keadaan ini kewujudan mereka tidak mempunyai apa-apa matlamat lagi?
Umat Islam telah dilahir untuk memegang teraju kepimpinan, iaitu
kepimpinan ke arah kefahaman dan pandangan yang betul, kepercayaan dan
perasaan yang betul, ke arah akhlak dan peraturan yang betul dan ke arah
penyusunan masyarakat yang betul. Di bawah bayangan kedudukan-kedudukan
yang betul ini dapatlah akal itu berkembang subur, dapat berkenalan
dengan alam buana, dapat mengetahui rahsia-rahsianya dan menggunakan
kekuatan-kekuatan dan tebaga-tenaganya yang tersimpan itu, tetapi
kepimpinan asasi yang membenar dan menguasai semua kekuatan dan tenaga
ini, yang mengarah penggunaan kekuatan dan tenaga alam ini untuk
kebajikan manusia bukan untuk mengancam mereka dengan kemusnahan dan
kebinasaan dan bukan untuk digunakannya bagi memenuhi
keinginan-keinginan nafsu kepimpinan, seharusnya itu untuk menegakkan
keimanan dan di atas kepimpinan inilah seharusnya kelompok Muslimin itu
berdiri teguh dengan berpedomankan kepada arahan Allah bukannya arahan
mana-mana hamba Allah yang lain.
No comments:
Post a Comment